Slideshow


  • Carta Organisasi

    Apa itu objektif, visi dan misi dalam sesebuaah perniagaan. Objektif adalah satu matlamat atau tujuan yang ingin dicapai.
  • Perbincangan Lokasi

    Kami membuat perancangan bagi menetapkan tempat untuk ditemuramah, hari, masa, tarikh dan kenderaan untuk ke destinasi yang dituju.
  • Pejabat Daerah Bintulu

    Pejabat Daerah berfungsi sebagai pendaftaran syarikat kecil-kecilan seperti kedai runcit atau enterprise.
  • Temu Bual

    Temu bual dilakukan serentak dengan kumpulan yang lain, kerana kami ingin menjimatkan masa beserta memudahkan penemu bual agar mereka tidak akan rasa rimas dengan soalan yang sama dari kami.

Saturday, 21 February 2015

Temu Bual Di PPES TERNAK SDN BHD

Tarikh: 17/02/2015
Masa: 11.00 am - 2.00 pm
Tempat: PPES TERNAK SDN BHD
Tajuk: Bahagian Operasi, Pemasaran dan Sumber Manusia
Temu Bual: James Iyama Padan
Jawatan: Pemangku Pengurus Ladang


Bahagian Operasi

Sebelum lembu dari Australia dihantar masuk ke Sarawak, pihak mereka akan menghantar orang untuk memantau keadaan tempat untuk menternak lembu. Mereka juga akan melihat keadaan kandang penternakan, alatan yang digunakan dan sebagainya untuk keselesaan lembu. Konsep dan cara yang lebih baik digunakan adalah kaedah kampung. Keadaan yang baik adalah faktor penting agar ternakan lembu tidak stress, cukup ruang untuk membesar dengan baik dan pagar yang tidak mencederakan lembu. Saiz pagar yang diperuntukkan bergantung kepada berapa ekor ternakan lembu. Contohnya, 80 x 100 kaki untuk muatan 800 ekor ternakan lembu. Proses pengambilan lembu mengikut musim yang telah ditetapkan. Musim yang terbaik dan ternakan lembu yang lebih sihat serta besar adalah pada bulan 6. Harga yang telah ditetapkan mengikut pasaran iaitu RM4,000.00 untuk seekor dengan seberat 280kg. Jika pada musim yang tidak diperuntukkan lembu pada masa itu seperti contoh bulan 6 adalah masa yang baik maka selain dari bulan 6, harga lembu akan meningkat kerana pada masa itu ternakan lembu berkurang. Faktor masa dari Australia amat penting untuk mendapatkan bekalan ternakan lembu. Lembu Australia dihantar dengan menggunakan pengangkutan kapal. Masa yang diperuntukkan selama 1 bulan bagi menguruskan kemasukkan ternakan lembu ke Sarawak dan dibayar dengan harga separuh sebagai diposit sebelum lembu bertukar tangan untuk bayaran yang selebihnya. Ternakan lembu akan sampai ke Bintulu mengambil masa selama 7 atau 10 hari dan dihantar ke PPES Ternak Miri. Ternakan lembu akan dijaga dengan baik serta diberikan makanan yang secukupnya semasa berada di dalam kapal dan jika ternakan lembu mati akan ditukar gantikan kepada lembu yang lain. Pekerja yang diperlukan untuk mengendalikan bahagian operasi adalah 2 atau 3 orang sahaja. Kaedah feedlot yang digunakan secara manual. Sisa buangan yang tidak digunakan akan dijadikan makanan ternakan lembu kerana ia dapat mengurangkan kos bagi pengeluaran makanan ternakan lembu.

Bahagian Pemasaran

Pihak PPES Ternak mengatakan dalam penjualan pemasaran kita perlu kreatif dalam mengendalikan pemasaran yang strategi bagi mendapatkan kejayaan serta pulangan yang banyak dalam perniagaan penternakan lembu. Populasi keadaan tempat serta penduduk seperti cina, india, melayu juga merupakan faktor penting bagi memulakan perniagaan dalam penternakan lembu. Strategi awal pemasaran yang telah digunakan oleh PPES Ternak adalah dengan cara membuka satu kedai kecil ditepi jalan dan meletakkan satu ekor lembu bagi mempromosikan daging segar keluaran PPES Ternak. Dengan cara itu dapat menarik pelanggan untuk membeli daging segar dengan adanya lembu diletakkan disebelah kedai menjual daging lembu. Harga yang diletakkan mengikut harga pasaran. Permintaan pasaran lembu daging adalah pada hari perayaan, perkawinan dan kenduri secara kecil-kecilan. Bagi penjualan daging lembu terdapat tiga kategori harga yang telah ditetapkan dalah seperti harga rendah dalam lingkungan RM25.00 kebawah, harga tengah dalam lingkungan RM30.00 ke RM45.00 dan untuk harga yang tunggi adalah RM50.00 keatas. Harga yang ditetapkan bergantung kepada gred lembu dan penjual perlu tahu bahagian-bahagian disetiap lembu berdaging bagi mendapatkan hasil keuntungan lebih banyak.

Bahagian Sumber Manusia

Sumber manusia sangat penting untuk mengendalikkan satu pekerjaan. PPES Ternak mengunakan perkerja yang lebih mempunyai kemahiran mendalam untuk bidang penternakan lembu. Bedasarkan pengalaman yang ada pada staf pekerja dapat menggurangkan kos. Sebagai contoh, untuk mengendalikan lembu yang sakit, adanya staf yang mahir dalam bidang ambil darah atau memberikan ubat kepada ternakan lembu dapat mengurangkan kos daripada kita menggunakan perkhidmatan doktor haiwan. Gaji diberikan dengan mengikut prestasi pekerja. Sebagai contoh, pekerja menunjukkan prestasi yang baik dalam mengendalikan ternakan lembu akan diberikan kenaikkan gaji sedikit dan pekerja akan dinilai melalui prestasi yang ditunjukkan. Gaji biasa diberikan sebanyakkan RM800, jika membuat kerja lebih masa akan diberikan tambahan RM4.00 selama 1 jam. Untuk kebajikan pekerja diberikan tempat tinggal, daging lembu dan sedikit duit ganjaran khas kepada staf mengikut hari perayaan masing-masing. Setiap pekerja diberikan insuran kepada setiap staf dan jika pekerja menggunakan perkhidmatan doktor luar, segala pembiyaan akan ditanggung oleh syarikat PPES Ternak.

Kesimpulannya, setelah menemu bual PPES Ternak kami dapat mempelajari sedikit sebanyak berkaitan operasi, pemasaran dan sumber manusia yang telah diguna pakaikan oleh pihak PPES Ternak. Oleh itu, kami dapat mempelajari cara serta pengurusan ternakan lembu yang betul.

Rajah 1:
 Bergambar bersama pemangku pengurus ladang PPES Ternak.


Update by:
Adila Azzera Binti Mohd Zamri      S19715
Nurul Jannah Binti Che Mahmood  S19707

1 comment:

  1. Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.

    pengkhususan Syarikat.
    1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
    2) Kami boleh juga membeli anda rumah anda pilihan dalam mana-mana anda pilihan lokasi.

    ReplyDelete