Slideshow


  • Carta Organisasi

    Apa itu objektif, visi dan misi dalam sesebuaah perniagaan. Objektif adalah satu matlamat atau tujuan yang ingin dicapai.
  • Perbincangan Lokasi

    Kami membuat perancangan bagi menetapkan tempat untuk ditemuramah, hari, masa, tarikh dan kenderaan untuk ke destinasi yang dituju.
  • Pejabat Daerah Bintulu

    Pejabat Daerah berfungsi sebagai pendaftaran syarikat kecil-kecilan seperti kedai runcit atau enterprise.
  • Temu Bual

    Temu bual dilakukan serentak dengan kumpulan yang lain, kerana kami ingin menjimatkan masa beserta memudahkan penemu bual agar mereka tidak akan rasa rimas dengan soalan yang sama dari kami.

Sunday, 4 January 2015

SWOT




SWOT adalah salah satu teknik analisis organisasi untuk mengetahui bagaimana keadaan organisasi berkaitan pada masa sekarang serta bagaimana pula dengan keadaan yang akan dihadapi pada masa hadapan dengan mempertimbangkan  faktor-faktor kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman. Analisis SWOT juga merupakan satu kaedah perancangan dan penyusunan strategi yang digunakan dalam sesuatu projek atau dalam suatu usaha perniagaan. Ia boleh dilakukan untuk produk, tempat, industri atau orang.

Kekuatan   : Ciri-ciri perniagaan atau projek yang memberikan kelebihan berbanding
                      orang lain.

Kelemahan: Ciri-ciri yang meletakkan perniagaan atau projek di dalam keadaan
                     yang relatif kepada orang lain.

Peluang      : Unsur-unsur bahawa projek itu boleh mengeploitasikan kelebihan.

Ancaman    : Unsur-unsur dalam persekitaran yang boleh menyebabkan masalah
                      kepada perniagaan atau projek.


Berikut SWOT syarikat kami:-

Kekuatan
  • Berupaya membekalkan lembu pedaging di seluruh negeri Sarawak.
-Seperti mana yang kita ketahui, Negeri Sarawak kekurangan bekalan lembu pedaging.
  Oleh itu, syarikat kami akan membekalkan lembu pendaging yang mencukupi terhadap
  permintaan pasaran.
  • Baka lembu pedaging yang telah diiktiraf.
-Baka lembu yang telah diiktirafkan iaitu baka lembu Australia Brahman di import dari
 Australia dan telah di kaji selidik kesihatan baka lembu tersebut oleh PPES Ternak Sdn
 Bhd sebelum dipasarkan.
  • Permintaan yang tinggi ke atas daging segar tempatan.
-Pada musim-musim tertentu seperti hari perayaan, hari perkawinan dan sebagainya
 daging segar merupakan pilihan utama rakyat Malaysia berbanding dengan daging
 import seperti mana kita tahu daging import lebih mahal berbanding dengan daging
 segar tempatan.
  • Pelanggan kini meragui jaminan halal daging import.
-Sesetengah pelanggan lebih mengemarkan daging segar kerana ianya dijamin halal.
Kelemahan 
  • Kekurangan bekalan baka lembu.
-Negeri Sarawak amat sukar untuk mendapatkan bekalan baka lembu. Oleh itu,
  kita perlu mendapatkan bekalan baka lembu dari Australia.
  • Kurang dikenali dalam perniagaan penternakan lembu.
-Syarikat kami masih baru dalam bidang penternakan lembu pedaging dan kurang
 dikenali oleh pelanggan.
  • Tidak mempunyai pelanggan yang tetap.
Peluang
  • Mendapat bimbingan berterusan dari PPES Ternak Sdn Bhd.
-Syarikat kami sentiasa merujuk kepada PPES Ternak bagi mendapatkan maklumat
  baka lembu, pemasaran, kesihatan dan sebagainya berkaitan dengan lembu pedaging
  • Berpeluang untuk mengkomersialkan produk lembu pendaging.
-Syarikat kami mengambil peluang di Negeri Sarawak ini, dengan memperluaskan
  penternakan lembu pedaging dan memberikan bekalan lembu pedaging yang
  secukupnya.
Ancaman
  • Persaingan daging import yang telah dijual terlalu murah.

Update by:

mastasha Mayie anak Ajang
Muhammad Fikri bin Mohammad Rosdi Kamal            S19379
Imran Zaidi                                                                        S19269
Amiruddin                                                                         S19700
Adila Azzera binti Mohd Zamri                                       S19715
Nurul Jannah binti Che Mahmood                                S19707




No comments:

Post a Comment