Semarak Estate
P.O.B 2070, Km 52
97011 Bintulu, Sarawak
Sistem Pengurusan Lembu
Sistem pengurusan lembu yang telah dilakukan oleh En. zul adalah sistem ragut, kriteria ragut padang, kawalan penyakit, campuran baka lembu jantan dan nisbah stok.
- Sistem ragut
- Kriteria ragut padang
- Kawalan penyakit
- Campuran baka lembu jantan
1 : 15
- Nisbah stok
1 : 5 HA
Pengurusan Pemasaran
Pengurusan Pemasaran
Pemasaran meliputi proses mengenal pasti kehendak sasaran pembeli dan mencari jalan untuk memenuhi kehendak tersebut dengan menguntungkan perniaagaan. Ia juga merupakan salah satu strategi yang terpenting dalam meluaskan sebarang aktiviti yang melibatkan perniagaan. Hal ini bagi memastikan kelancaran dan keberkesanan dalam perniagaan di dalam pasaran. Antara jenis pemasaran yang telah diusahakan oleh En. Zul adalah dengan menjual lembu hidup. Strategi pemasaran yang telah digunakan iaitu secara mulut ke mulut di mana ia tersebar melalui orang ramai. Sebagai contoh dari rakan terdekat, saudara mara dan rakyat tempatan yang pernah berurusan dalam pembelian lembu. Selain itu, melalui PPES Ternak yang berada di Batu Niah, Miri. PPES Ternak merupakan tempat untuk pengeluaran baka lembu dan ia juga merupakan pusat rawatan lembu yang berpenyakit. Sasaran pemasaran tertumpu pada musim perayaan hari raya aidilfitri dan aidiladha (raya haji). Ia juga turut mendapat permintaan yang banyak pada musim cuti sekolah dan pada hari perkawinan. Kelebihan produk ini, ia mengeluarkan lembu berdaging yang sihat dan murah dipasaran.
Pengurusan Operasi
Operasi di dalam sesebuah perniagaan ialah untuk menghasilkan keluaran dan perkhidmatan sebagai mana yang telah ditetapkan oleh pengurusan. Dalam pengurusan operasi yang telah dilakukan oleh En. Zul dengan menggunakan kaedah secara manual dapat mengurangkan kos. Proses projek feedlot atau makanan yang diberikan di dalam kandang. Lembu hanya berada di dalam kandang dan makanan akan diberikan mengikut masa yang telah ditetapkan setiap hari. Lembu yang telah membesar berumur 2.5 tahun atau beratnya dalam lingkungan 250kg. Tenaga pekerja yang diperlukan dalam bahagian operasi seramai lima orang. Mereka mendapatkan baka lembu dari PPES Ternak. Operasi dalam merawat lembu yang berpenyakit mengambil masa selama tiga hari. Ia akan dikurungkan didalam kandang dan diberi ubat bagi menyembuhkan penyakit. Proses penyembelihan yang digunakan secara manual dengan memanggil uztaz dan menggunakan parang serta pisau. Pada asalnya beliau hanya memasarkan lembu hidup. Dengan kehendak pelanggan beliau menyediakan perkhidmatan penyembelihan dengan secara manual dan halal. Proses pengeluaran juga digunakan secara manual dan dengan penggunaan kos yang rendah. Lembu yang telah cukup umur atau beratnya telah mencecah 250kg diletakkan di tempat pemilihan lembu. Lembu boleh dipilih sendiri oleh pembeli bagi mendapatkan jenis lembu yang diingini oleh pembeli. Setelah dipilih oleh pembeli lembu dibawa ke lori dengan menggunakan tali untuk menariknya masuk di dalam lori. Jika memerlukan perkhidmatan penyembelihan juga ada ditawarkan. Kenderaan disediakan oleh pihak pembeli sendiri. Urusan penghantaran tiada kaitan diantara pembelian lembu kerana ia merupakan antara urusan pembeli dan penyewaan lori. Ia kerana perkhidmatan penggangkutan tidak disediakan.
Kewangan merupakan perkara utama dalam pemulaan perniagaan. Dalam penternakan lembu menggunakan kos yang amat rendah. Pada permulaan perniagaan ternakan, ia kebanyakkan penternak menggunakan modal sendiri.Selain itu, boleh membuat pinjaman melalui skim Jabatan Pertanian dan perkhidmatan dari bantuan kerajaan. Jumlah modal yang diperlukan dalam permulaan penternakan lembu ini dalam lingkungan RM80,000.00 ke RM100,000.00. Alatan permulaan yang penting dalam penternakan lembu ialah set tag RM1,350.50, pagar elektrik RM7,200.00, tangki menhilangkan lembu haus RM7,300.00, kafilah penggembala RM11,500.00, laman mudah alih RM16,00.00, penimbang mudah alih RM9,668.00. Sumber kewangan yang telah digunakan untuk membayar gaji pekerja sebanyak RM750.00 hingga ke RM1200.00 mengikut pada musim permintaan jualan lembu serta kualiti pekerja dalam melaksanakan tugas. Pembayaran balik yang telah dilakukan oleh En. zul dengan cara pemulangan anak lembu. Sebagai contoh, PPES Ternakan telah memberi baka lembu kepada En. Zul dan setelah baka tersebut melahirkan anak. Pihak En. Zul hanya membayar balik dengan membuat pulangan anak lembu selepas anak lembu tidak menyusu lagi dengan jumlah lembu yang telah PPES Ternak berikan. Ia mengambil masa dalam lingkungan 5 tahun. Jika pembayaran tidak dilaksanakan, lembu tidak boleh dijual dipasaran.
Pengurusan Sumber manusia
Sumber manusia ditakrifkan sebagai sekumpulan kakitangan dan pekerja yang berkhidmat dalam sesebuah organisasi. Tidak mungkin sesebuah organisasi tersebut boleh wujud tanpa sumber manusia yang membantu dan mengendalikannya. Tenaga pekerja yang digunakan sebanyak enam orang. Ia diberikan tugas agar pelaksanaan penternakan lembu dilakukan dengan baik. Syarat pekerja yang dikemukakan hanya sekadar mempunyai pengalaman dalam bidang penternakan. Gaji yang telah diberikan sebanyak RM750.00 hingga ke RM1200.00. Antara cara untuk menjaga kebajikan atau menjalinkan ikatan yang baik diantara pekerja dengan cara pekerja diberikan cuti selama satu hari dalam seminggu dan sentiasa memantau pekerja semasa menjalan tugasan.
Video Temu Bual Di Ladang Semarak
Video Temu Bual Di Ladang Semarak
Update by:
Adila Azzera binti Mohd Zamri S19715
Adila Azzera binti Mohd Zamri S19715
No comments:
Post a Comment