Slideshow


  • Carta Organisasi

    Apa itu objektif, visi dan misi dalam sesebuaah perniagaan. Objektif adalah satu matlamat atau tujuan yang ingin dicapai.
  • Perbincangan Lokasi

    Kami membuat perancangan bagi menetapkan tempat untuk ditemuramah, hari, masa, tarikh dan kenderaan untuk ke destinasi yang dituju.
  • Pejabat Daerah Bintulu

    Pejabat Daerah berfungsi sebagai pendaftaran syarikat kecil-kecilan seperti kedai runcit atau enterprise.
  • Temu Bual

    Temu bual dilakukan serentak dengan kumpulan yang lain, kerana kami ingin menjimatkan masa beserta memudahkan penemu bual agar mereka tidak akan rasa rimas dengan soalan yang sama dari kami.

Monday, 29 December 2014

Temuramah Ke Ladang Semarak

Semarak Estate
P.O.B 2070, Km 52
97011 Bintulu, Sarawak

Penternakan lembu intergrasi di dalam ladang kelapa sawit Sime Darby yang telah di usahakan oleh En. Mohd Hidhir Bin Hamdan dan pembantunya En. Zulkiplee Bin Dollah. Projek Penternakan lembu di ladang semarak ini bermula pada 5 Julai 2002 dengan jumlah lembu jantan sebanyak 20 ekor dan lembu betina sebanyak 280 daripada baka Autralian Brahman. Telah dilancarkan oleh menteri pertanian Sarawak. 

Sistem Pengurusan Lembu
Sistem pengurusan lembu yang telah dilakukan oleh En. zul adalah sistem ragut, kriteria ragut padang, kawalan penyakit, campuran baka lembu jantan dan nisbah stok.
  • Sistem ragut
Sistem ragut ia menggunakan putaran ragut yang sitematik dan lembu yang telah dikurung di kawasan ragutan di bawah kelapa sawit akan meragut rumput dan rumpai yang tumbuh                       semulajadi di dalam kawasan ragutan. Selain itu, Kawasan ragutan berpagar dengan                             menggunakan sistem alih berpagar elektrik. Lembu akan bertukar tempat ragutan pada setiap               hari. Saiz ragutan 3.5 Ha bagi 100 ekor lembu. Tempoh meragut diantara 90 hingga 100 hari.
  • Kriteria ragut padang 
Persekitaran dan keadaan tanah yang rata dan topografinya tidak lebih daripada 12 kecerunan.
  • Kawalan penyakit
 Lalat dan kawalan kutu menggunakan lembu insektisid tag telinga.
  •  Campuran baka lembu jantan
         1 : 15
  •  Nisbah stok
          1 : 5 HA


Pengurusan Pemasaran
Pemasaran meliputi proses mengenal pasti kehendak sasaran pembeli dan mencari jalan untuk memenuhi kehendak tersebut dengan menguntungkan perniaagaan. Ia juga merupakan salah satu strategi yang terpenting dalam meluaskan sebarang aktiviti yang melibatkan perniagaan. Hal ini bagi memastikan kelancaran dan keberkesanan dalam perniagaan di dalam pasaran. Antara jenis pemasaran yang telah diusahakan oleh En. Zul adalah dengan menjual lembu hidup. Strategi pemasaran yang telah digunakan iaitu secara mulut ke mulut di mana ia tersebar melalui orang ramai. Sebagai contoh dari rakan terdekat, saudara mara dan rakyat tempatan yang pernah berurusan dalam pembelian lembu. Selain itu, melalui PPES Ternak yang berada di Batu Niah, Miri. PPES Ternak merupakan tempat untuk pengeluaran baka lembu dan ia juga merupakan pusat rawatan lembu yang berpenyakit. Sasaran pemasaran tertumpu pada musim perayaan hari raya aidilfitri dan aidiladha (raya haji). Ia juga turut mendapat permintaan yang banyak pada musim cuti sekolah dan pada hari perkawinan. Kelebihan produk ini, ia mengeluarkan lembu berdaging yang sihat dan murah dipasaran.

Pengurusan Operasi
Operasi di dalam sesebuah perniagaan ialah untuk menghasilkan keluaran dan perkhidmatan sebagai mana yang telah ditetapkan oleh pengurusan. Dalam pengurusan operasi yang telah dilakukan oleh En. Zul dengan menggunakan kaedah secara manual dapat mengurangkan kos. Proses projek feedlot atau makanan yang diberikan di dalam kandang. Lembu hanya berada di dalam kandang dan makanan akan diberikan mengikut masa yang telah ditetapkan setiap hari. Lembu yang telah membesar berumur 2.5 tahun atau beratnya dalam lingkungan 250kg. Tenaga pekerja yang diperlukan dalam bahagian operasi seramai lima orang. Mereka mendapatkan baka lembu dari PPES Ternak. Operasi dalam  merawat lembu yang berpenyakit mengambil masa selama tiga hari. Ia akan dikurungkan didalam kandang dan diberi ubat bagi menyembuhkan penyakit. Proses penyembelihan yang digunakan secara manual dengan memanggil uztaz dan menggunakan parang serta pisau. Pada asalnya beliau hanya memasarkan lembu hidup. Dengan kehendak pelanggan beliau menyediakan perkhidmatan penyembelihan dengan secara manual dan halal. Proses pengeluaran juga digunakan secara manual dan dengan penggunaan kos yang rendah. Lembu yang telah cukup umur atau beratnya telah mencecah 250kg diletakkan di tempat pemilihan lembu. Lembu boleh dipilih sendiri oleh pembeli bagi mendapatkan jenis lembu yang diingini oleh pembeli. Setelah dipilih oleh pembeli lembu dibawa ke lori dengan menggunakan tali untuk menariknya masuk di dalam lori. Jika memerlukan perkhidmatan penyembelihan juga ada ditawarkan. Kenderaan disediakan oleh pihak pembeli sendiri. Urusan penghantaran tiada kaitan diantara pembelian lembu kerana ia merupakan antara urusan pembeli dan penyewaan lori. Ia kerana perkhidmatan penggangkutan tidak disediakan.

Carta Aliran Proses


Carta Aliran Proses

Pengurusan Kewangan
Kewangan merupakan perkara utama dalam pemulaan perniagaan. Dalam penternakan lembu menggunakan kos yang amat rendah. Pada permulaan perniagaan ternakan, ia kebanyakkan penternak menggunakan modal sendiri.Selain itu, boleh membuat pinjaman melalui skim Jabatan Pertanian dan perkhidmatan dari bantuan kerajaan. Jumlah modal yang diperlukan dalam permulaan penternakan lembu ini dalam lingkungan RM80,000.00 ke RM100,000.00. Alatan permulaan yang penting dalam penternakan lembu ialah set tag RM1,350.50, pagar elektrik RM7,200.00, tangki menhilangkan lembu haus RM7,300.00, kafilah penggembala RM11,500.00, laman mudah alih RM16,00.00, penimbang mudah alih RM9,668.00. Sumber kewangan yang telah digunakan untuk membayar gaji pekerja sebanyak RM750.00 hingga ke RM1200.00 mengikut pada musim permintaan jualan lembu serta kualiti pekerja dalam melaksanakan tugas. Pembayaran balik yang telah dilakukan oleh En. zul dengan cara pemulangan anak lembu. Sebagai contoh, PPES Ternakan telah memberi baka lembu kepada En. Zul dan setelah baka tersebut melahirkan anak. Pihak En. Zul hanya membayar balik dengan membuat pulangan anak lembu selepas anak lembu tidak menyusu lagi dengan jumlah lembu yang telah PPES Ternak berikan. Ia mengambil masa dalam lingkungan 5 tahun. Jika pembayaran tidak dilaksanakan, lembu tidak boleh dijual dipasaran.

Pengurusan Sumber manusia
Sumber manusia ditakrifkan sebagai sekumpulan kakitangan dan pekerja yang berkhidmat dalam sesebuah organisasi. Tidak mungkin sesebuah organisasi tersebut boleh wujud tanpa sumber manusia yang membantu dan mengendalikannya. Tenaga pekerja yang digunakan sebanyak enam orang. Ia diberikan tugas agar pelaksanaan penternakan lembu dilakukan dengan baik. Syarat pekerja yang dikemukakan hanya sekadar mempunyai pengalaman dalam bidang penternakan. Gaji yang telah diberikan sebanyak RM750.00 hingga ke RM1200.00. Antara cara untuk menjaga kebajikan atau menjalinkan ikatan yang baik diantara pekerja dengan cara pekerja diberikan cuti selama satu hari dalam seminggu dan sentiasa memantau pekerja semasa menjalan tugasan.

Video Temu Bual Di Ladang Semarak




Update by:
Adila Azzera binti Mohd Zamri S19715

Sunday, 28 December 2014

Logo Syarikat




Kepala Lembu   :  Melambangkan bahawa syarikat kami adalah sebuah syarikat
                               penternakan lembu.

Bulatan              :  Melambangkan bahawa syarikat kami ini akan berusaha untuk
                              menjadi pengeluar terbesar di dunia.

Daun                  :  Simbol kompenan yang hidup dan tumbuh. Bermakna mendorong
                              untuk tetap tumbuh, hidup dan berkembang dengan semangat dan
                              tenaga yang tetap segar.

Hijau                  :  Warna ini melambangkan persekitaran dikawasan penternakan
                              syarikat kami yang membawa ketenangan dan melambangkan
                              keindahan alam semula jadi.

Putih                  :  Warna ini menunjukkan bahawa syarikat kami mengutamakan
                              kebersihan di dalam terutama di kawasan ladang penternakan
                              syarikat kami.

Hitam                :   Warna ini melambangkan akan kegigihan dan keberanian yang
                              dimiliki oleh syarikat kami untuk melaksanakan perniagaan kami.

My Ternakan   :   Ini adalah Tag Line dan semagat syarikat kami serta  ia turut
                              melambangkan bahawa kami adalah syarikat pengeluaran
                              penternakaan.



Update by : 

Muhammad Fikri Bin Mohammad Kamal               S19379
Amiruddin Mustafa                                                   S19700
Imran Zaidi                                                                  S19269





Friday, 19 December 2014

Perbincangan lokasi

Tarikh: 19/12/2014
Tempat: Kolej Kediaman 2
Masa: 8.30malam - 10.00malam


Kami membuat perancangan bagi menetapkan tempat untuk ditemuramah, hari, masa, tarikh dan kenderaan untuk ke destinasi yang dituju. Antara tempat yang telah kami pilih adalah di Ladang Semarak Bintulu, Sarawak. Hari dan masa yang telah kami tetapkan iaitu hari rabu bertarikh 24/12/2014 dan dijangka bertolak pada pukul 11.00pagi . Atas cadangan rakan sekumpulan , kami akan menyewa dua buah kereta untuk pergi ke tempat tersebut kerana ia lebih selamat.


Setelah itu, kami membahagikan tugas agar perancangan di atas berjalan dengan lancar dan selamat. Amir ditugaskan untuk menguruskan bahagian kenderaan dan Jannah akan membuat temujanji kepada pemilik ternakan lembu tersebut. Manakala, Adila, Imran, Fikri dan Mastasya akan membuat soalan untuk ditanyakan kepada pemilik ternakan lembu. Oleh itu, dengan perancangan dan tugasan yang dipertangungjawabkan oleh kami setiap ahli kumpulan berharap agar semuanya berjalan dengan lancar. Kami akan membuat perjumpaan pada malam isnin bagi mendapatkan maklumat serta mengumpulkan soalan.

Update by:
Adila Azzera binti Mohd Zamri S19715

Saturday, 13 December 2014

Carta Organisasi, Objektif, Visi dan Misi








Apa itu objektif, visi dan misi dalam sesebuaah perniagaan. Objektif adalah satu matlamat atau tujuan yang ingin dicapai. Manakala visi,  adalah hasil yang mahu dicapai serta sama maksud dengan istilah impian dan cita-cita bersandarkan pada misi yang dilaksanakan (usaha). Contohnya, seperti menjadi perniagaan yang berdaya maju dalam bidang penternakan lembu. Misi pula membawa maksud, usaha yang akan dilaksanakan bagi mencapai visi itu. Ia juga membawa maksud mengapa kita sebagai perniaga perlu wujud? Contohnya, adalah seperti memenuhi keperluan dan permintaan lembu terhadap pasaran. 

Berikut adalah objektif, visi dan misi perniagaan ternakan lembu kami:


Visi

Menjadi pengeluar lembu pedaging yang dikenali sebagai pengeluar produk yang berkualiti khusus daripada borneo yang sentiasa memastikan dan menghasilkan produk makanan, keselamatan makanan dan perkhidmatan pelanggan yang sangat baik.


Misi

Diiktiraf sebagai syarikat yang di percayai dan berdaya saing dalam pengeluaran lembu pedaging  dari segi kualiti, kuantiti, keselamatan , kebolehan percayaan dan ekonomi yang disokong oleh tenaga kerja yang berwibawa.


Objektif

1)   Membekalkan perkhidmatan berkualiti dengan menerapkan pelbagai jenis teknik
      pemasaran yang  efektif bagi mencapai tahap kepuasan pelanggan yang maksimum.

2)   Menjadi sebuah syarikat pengeluaran lembu yang di iktiraf sebagai pengeluar lembu
      yang berkualiti tinggi dan terbaik dalam pasaran Malaysia.

3)  Berurusan dengan lebih efisien dan professional terhadap para pelanggan.

4)  Menjadiakn amalan 5s sebagai budaya kerja yang berterusan bagi mewujudkan
     persekitaran yang bersih dan selamat serta meningkatkan kualiti, produktiviti dan
     melahirkan pekerja yang lebih berdisiplin, berinovasi, keratif dan berdaya saing.






Update By: Pembetulan( Visi,  Misi, Objektif)


Muhammad Fikri bin Mohammad Rosdi Kamal            S19379
Imran Zaidi                                                                        S19269
Amiruddin                                                                         S19700
Adila Azzera binti Mohd Zamri                                       S19715
Nurul Jannah binti Che Mahmood                                S19707
Mastasha Mayie Anak Ajang                                                                                                          



/

Bersatu Kita Teguh Bercerai Kita Roboh

Tarikh: 12/12/2014
Tempat: Kolej Kediaman
Masa: 9.00 malam

Membincangkan tempat untuk di temubual projek ternakan lembu. Seperti Sime darby, PPES dan syarikat yang berkaitan dengan penternakan. Tujuan kami ingin membuat temuramah adalah untuk mendapatkan maklumat mengenai kewangan, operasi, sumber manusia, dan juga pemasaran.

update by:


Muhammad Fikri bin Mohammad Rosdi Kamal            S19379
Imran Zaidi                                                                        S19269
Amiruddin                                                                         S19700



Ternakan Lembu

Tarikh: 6/12/2014
Tempat: Kolej Kediaman
Masa: 2.00 petang

Akhirnya setelah perebutan projek dengan ahli kumpulan lain,  kumpulan kami mendapat projek ternakan lembu. Itu adalah antara pilihan ketiga kumpulan kami. Kami akan cuba buat yang terbaik projek yang diberikan kali ini. Kami berkumpul di Kolej Kediaman (kk) bagi menagihkan tugasan seperti berikut:


  • Membuat carta organisasi.
  • Mencari maklumat ternakan lembu.
  • Membuat objektif, misi dan visi.
Update by:

mastasha Mayie anak Ajang
Muhammad Fikri bin Mohammad Rosdi Kamal            S19379
Imran Zaidi                                                                        S19269
Amiruddin                                                                         S19700
Adila Azzera binti Mohd Zamri                                       S19715
Nurul Jannah binti Che Mahmood                                S19707

Pemilihan Produk

Tarikh: 29/11/2014
Tempat: Kolej Kediaman
Masa: 12.00 tengah hari

Kami berkumpul di kolej kediaman untuk membuat pemilihan projek perniagaantani. Antara cadangan yang telah kami bincangkan adalah:
  • Ternakan madu lebah
  • Ternakan ayam
  • Ternakan lembu
Pemilihan projek ini perlu dihantar kepada Dr Aryaty Alwie. Seterusnya, ia akan memberi keputusan projek yang akan kumpulan kami usahakan. Siapa cepat hantar kepada Dr Aryaty Alwie, maka kumpulan itu lah yang akan mendapatkan projek yang dirancangkan oleh kumpulan masing-masing.

Update by:

mastasha Mayie anak Ajang
Muhammad Fikri bin Mohammad Rosdi Kamal            S19379
Imran Zaidi                                                                        S19269
Amiruddin                                                                         S19700
Adila Azzera binti Mohd Zamri                                       S19715
Nurul Jannah binti Che Mahmood                                S19707

Bilik Kuliah 4



Tarikh: 26/11/2014
Masa: 10.00pagi - 1.00tengah hari

Kami diberikan tugas oleh Dr Aryaty Alwie untuk membuat projek penyediaan rancangan perniagaan dalam bentuk blog dan video. Markah yang diperuntukkan sebanyak 50%.
  • Blog dan aktiviti 25%, dimana setiap kumpulan perlu melaporkan semua aktiviti yang dilakukan secara berkumpulan dimasukkan di dalam blog. Jika ada video, masukkan ke dalam blog sebagai bukti hasil temubual dilakukan. 
  • Video 15%, penyediaan laporan akhir dalam bentuk video bagi meringkaskan keseluruhan proses dan isi penting dalam penyediaan Rancangan Perniagaan. 
  • Penglibatan dan rujukkan 10%, dimana penglibatan ahli kumpulan dalam melaksanakan tugasan yang diberi contohnya kreativiti dalam penyediaan blog, kekerapan kemaskini blog, dengan maklumat yang baru, penyediaan video dan rumusan bagi setiap aktiviti.
Setelah itu, setiap kumpulan dikehendaki memilih satu projek perniagaantani. Setiap ahli kumpulan hendaklah membuat temubual untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan.

Update by:

mastasha Mayie anak Ajang
Muhammad Fikri bin Mohammad Rosdi Kamal            S19379
Imran Zaidi                                                                        S19269
Amiruddin                                                                         S19700
Adila Azzera binti Mohd Zamri                                       S19715
Nurul Jannah binti Che Mahmood                                S19707