Slideshow


  • Carta Organisasi

    Apa itu objektif, visi dan misi dalam sesebuaah perniagaan. Objektif adalah satu matlamat atau tujuan yang ingin dicapai.
  • Perbincangan Lokasi

    Kami membuat perancangan bagi menetapkan tempat untuk ditemuramah, hari, masa, tarikh dan kenderaan untuk ke destinasi yang dituju.
  • Pejabat Daerah Bintulu

    Pejabat Daerah berfungsi sebagai pendaftaran syarikat kecil-kecilan seperti kedai runcit atau enterprise.
  • Temu Bual

    Temu bual dilakukan serentak dengan kumpulan yang lain, kerana kami ingin menjimatkan masa beserta memudahkan penemu bual agar mereka tidak akan rasa rimas dengan soalan yang sama dari kami.

Sunday, 1 March 2015

Tarikh: 28/02/2015
Masa: 9.30 am - 1.00 pm
Tempat: KK 2
Tajuk: Menambah baikkan maklumat di dalam video dan blog


Pengenalan Rancangan Perniagaan

Rancangan perniagaan adalah dokumen yang menerangkan secara teperinci berkenaan selok belok perniagaan termasuk pelan awal, keperluan modal, rancangan pemasaran, jualan dan ajuran keuntungan.

Kepentingan Rancangan Perniagaan
  • Membolehkan usahawan membuat penilaian terhadap perniagaan yang bakal atau sedang dijalankan dari pelbagai sudut teknikal dan kewangan.
  • Menjadi panduan selepas operasi perniagaan dijalankan.
  • Menyakinkan pihak institusi kewangan dan pihak yang mampu memberikan pinjaman perniagaan menerusi dokumentasi yang lengkap.

Bahagian Operasi

Contoh lakaran kandang lembu


                     
Menternak secara fidloat ini adalah satu usaha bercorak komersial, sama  ada sebagai 
sumber pendapatan tambahan atau sebagai usaha pendapatan utama yang dijalankan sepenuh 
masa. Oleh kerana ia bercorak komersial, penjimatan kos input dan kecekapan pengeluarann 
hendaklah dititikberatkan. Samua kos adalah  tanggungan penternak itu sendiri.

Kawasan yang boleh dibinakan fidlot perlu mempunyai ciri-ciri yang berikut

a) Cukup ruang mendirikan kandang, luas ruang kandang ialah 30 kaki persegi untuk seekor lembu.
b) Mempunyai kemudahan jalan keluar masuk yang baik untuk pengangkutan ternakan dan makanan.
c) Mempunyai kemudahan saliran untuk mengalirkan najis dan membasuhan kandang, supaya tidak 
    mencemarkan air kegunaan orang ramai dan mengotorkan persekitaran.
d) Mudah mendapatkan air bersih untuk minuman dan membasuh kandang
e) Terletak jauh daripada tempat kediaman supaya bau kandang  tidak menganggu orang ramai
f) Berhampiran dengan pasaran daging yang berpontensi.

Pembinaan Kandang:

       Luas ruangan untuk seekor lembu di dalam kandang konkrit ialah 30 kaki persegi. Misalnya,
 kandang sebesar 30 kaki panjang dan 10 kaki lebar dan 8 kaki tinggi adalah sesuai untuk 10 ekor 
ternakan.Untuk kandang terbuka yang tidak berkonkrit, keluasan yang lebih adalah diperlukan, 
iaitu kira-kira 150 kaki persegi untuk seekor. Kandang jenis ini adalah kurang sesuai di negara 
ini kerana kadar hujan yang tinggi dan mengganggu pengurusan dan menimbulkan masalah 
kebersihan kandang. 

       Sistem perparitan dan kecerunan lantai adalah penting sama ada ia kandang konkrit atau kandang terbuka di atas tanah. Konkrit yang baik juga diperlukan supaya lantai lebih tahan lama dan 
tidak mencederakan ternakan. Palung makanan mestilah terletak lebih tinggi arasnya dari palung air.
Seelok-eloknya terdapat pokok-pokok di sekitar kandang untuk teduhan dan lindungan dari angin.

   Tiang dan palang dinding kandang hendaklah cukup kuat, kayu-kayu hutan yang baik boleh 
digunakan untuk mengurangkan belanja membina kandang. Atap nipah atau zing boleh digunakan 
untuk bumbung, palung makanan boleh dibuat dari konkrit. Bumbung kandang hendaklah jenis 
yang dapat menahan panas dan hujan dan memberi sistem pengudaraan yang baik. Bagi kandang 
yang besar, bumbungnya memadai dibina di atas palung makanan sahaja. Maklumat yang ahli kumpulan kami dapati ini adalah daripada lawatan dan temuramah ke ladang-ladang penternakan lembu khususnya di sarawak.




update by:
Muhammad Fikri bin Mohammad Rosdi Kamal           S19379
Imran Zaidi                                                                   S19269
Nurul Jannah binti Che Mahmood                               S19707    
Adila Azzera binti Mohd Zamri                                     S19715                    




Saturday, 21 February 2015

Temu Bual Di PPES TERNAK SDN BHD

Tarikh: 17/02/2015
Masa: 11.00 am - 2.00 pm
Tempat: PPES TERNAK SDN BHD
Tajuk: Bahagian Operasi, Pemasaran dan Sumber Manusia
Temu Bual: James Iyama Padan
Jawatan: Pemangku Pengurus Ladang


Bahagian Operasi

Sebelum lembu dari Australia dihantar masuk ke Sarawak, pihak mereka akan menghantar orang untuk memantau keadaan tempat untuk menternak lembu. Mereka juga akan melihat keadaan kandang penternakan, alatan yang digunakan dan sebagainya untuk keselesaan lembu. Konsep dan cara yang lebih baik digunakan adalah kaedah kampung. Keadaan yang baik adalah faktor penting agar ternakan lembu tidak stress, cukup ruang untuk membesar dengan baik dan pagar yang tidak mencederakan lembu. Saiz pagar yang diperuntukkan bergantung kepada berapa ekor ternakan lembu. Contohnya, 80 x 100 kaki untuk muatan 800 ekor ternakan lembu. Proses pengambilan lembu mengikut musim yang telah ditetapkan. Musim yang terbaik dan ternakan lembu yang lebih sihat serta besar adalah pada bulan 6. Harga yang telah ditetapkan mengikut pasaran iaitu RM4,000.00 untuk seekor dengan seberat 280kg. Jika pada musim yang tidak diperuntukkan lembu pada masa itu seperti contoh bulan 6 adalah masa yang baik maka selain dari bulan 6, harga lembu akan meningkat kerana pada masa itu ternakan lembu berkurang. Faktor masa dari Australia amat penting untuk mendapatkan bekalan ternakan lembu. Lembu Australia dihantar dengan menggunakan pengangkutan kapal. Masa yang diperuntukkan selama 1 bulan bagi menguruskan kemasukkan ternakan lembu ke Sarawak dan dibayar dengan harga separuh sebagai diposit sebelum lembu bertukar tangan untuk bayaran yang selebihnya. Ternakan lembu akan sampai ke Bintulu mengambil masa selama 7 atau 10 hari dan dihantar ke PPES Ternak Miri. Ternakan lembu akan dijaga dengan baik serta diberikan makanan yang secukupnya semasa berada di dalam kapal dan jika ternakan lembu mati akan ditukar gantikan kepada lembu yang lain. Pekerja yang diperlukan untuk mengendalikan bahagian operasi adalah 2 atau 3 orang sahaja. Kaedah feedlot yang digunakan secara manual. Sisa buangan yang tidak digunakan akan dijadikan makanan ternakan lembu kerana ia dapat mengurangkan kos bagi pengeluaran makanan ternakan lembu.

Bahagian Pemasaran

Pihak PPES Ternak mengatakan dalam penjualan pemasaran kita perlu kreatif dalam mengendalikan pemasaran yang strategi bagi mendapatkan kejayaan serta pulangan yang banyak dalam perniagaan penternakan lembu. Populasi keadaan tempat serta penduduk seperti cina, india, melayu juga merupakan faktor penting bagi memulakan perniagaan dalam penternakan lembu. Strategi awal pemasaran yang telah digunakan oleh PPES Ternak adalah dengan cara membuka satu kedai kecil ditepi jalan dan meletakkan satu ekor lembu bagi mempromosikan daging segar keluaran PPES Ternak. Dengan cara itu dapat menarik pelanggan untuk membeli daging segar dengan adanya lembu diletakkan disebelah kedai menjual daging lembu. Harga yang diletakkan mengikut harga pasaran. Permintaan pasaran lembu daging adalah pada hari perayaan, perkawinan dan kenduri secara kecil-kecilan. Bagi penjualan daging lembu terdapat tiga kategori harga yang telah ditetapkan dalah seperti harga rendah dalam lingkungan RM25.00 kebawah, harga tengah dalam lingkungan RM30.00 ke RM45.00 dan untuk harga yang tunggi adalah RM50.00 keatas. Harga yang ditetapkan bergantung kepada gred lembu dan penjual perlu tahu bahagian-bahagian disetiap lembu berdaging bagi mendapatkan hasil keuntungan lebih banyak.

Bahagian Sumber Manusia

Sumber manusia sangat penting untuk mengendalikkan satu pekerjaan. PPES Ternak mengunakan perkerja yang lebih mempunyai kemahiran mendalam untuk bidang penternakan lembu. Bedasarkan pengalaman yang ada pada staf pekerja dapat menggurangkan kos. Sebagai contoh, untuk mengendalikan lembu yang sakit, adanya staf yang mahir dalam bidang ambil darah atau memberikan ubat kepada ternakan lembu dapat mengurangkan kos daripada kita menggunakan perkhidmatan doktor haiwan. Gaji diberikan dengan mengikut prestasi pekerja. Sebagai contoh, pekerja menunjukkan prestasi yang baik dalam mengendalikan ternakan lembu akan diberikan kenaikkan gaji sedikit dan pekerja akan dinilai melalui prestasi yang ditunjukkan. Gaji biasa diberikan sebanyakkan RM800, jika membuat kerja lebih masa akan diberikan tambahan RM4.00 selama 1 jam. Untuk kebajikan pekerja diberikan tempat tinggal, daging lembu dan sedikit duit ganjaran khas kepada staf mengikut hari perayaan masing-masing. Setiap pekerja diberikan insuran kepada setiap staf dan jika pekerja menggunakan perkhidmatan doktor luar, segala pembiyaan akan ditanggung oleh syarikat PPES Ternak.

Kesimpulannya, setelah menemu bual PPES Ternak kami dapat mempelajari sedikit sebanyak berkaitan operasi, pemasaran dan sumber manusia yang telah diguna pakaikan oleh pihak PPES Ternak. Oleh itu, kami dapat mempelajari cara serta pengurusan ternakan lembu yang betul.

Rajah 1:
 Bergambar bersama pemangku pengurus ladang PPES Ternak.


Update by:
Adila Azzera Binti Mohd Zamri      S19715
Nurul Jannah Binti Che Mahmood  S19707

Saturday, 14 February 2015

Minggu Ke-11

Tarikh : 4hb Februari 2015
Masa   : 8.30pm - 10.00pm
Tempat: Kolej Kediaman 2

Perbincangan Kumpulan Pada Minggu ke-11

Ahli kumpulan kami telah membincangkan tentang temuduga yang akan diadakan untuk mendapatkan maklumat keterangan selanjutnya. Isi-isi perbincangan kami adalah seperti berikut:

  • Merancang masa temuduga yang akan diadakan bersama PPES Ternak di Miri.
  • Berbincang tentang tarikh yang bersesuaian untuk mengadakan temuduga.
  • Berbincang tentang penyewaan kenderaan untuk ke Miri.
  • Berbincang mengenai siapa yang bakal pergi ke temuduga tersebut bagi mengurangkan kos sewa kenderaan.
  • Pencarian alamat dan peta perjalanan ke PPES Ternak melalui laman web dan pelayaran internet.
  • Pelayaran internet untuk mendapatkan maklumat berhubung dengan Syarikat PPES Ternak.
  • Menghubungi senior-senior Diploma Perniagaantani bagi mendapatkan sedikit informasi tentang PPES Ternak.                       

Update by:
Muhammad Fikri bin Mohammad Rosdi Kamal      S19379
Imran Zaidi                                                            S19269
Amiruddin                                                             S19700
Adila Azzera binti Mohd Zamri                              S19715
Nurul Jannah binti Che Mahmood                          S19707

Wednesday, 4 February 2015

Latar Belakang Syarikat

Nama Perniagaan : Sarawak Cattle Company
Jenis Produk : Lembu Pedaging
Tarikh Ditubuhkan : 22 November 2014
Jenis Perniagaan : Milikan Tunggal
Alamat : Rumah Umban, Sungai Selangau, 96000 Sibu, Sarawak.
No Telefon : 086- 222798
No Faks : 086 - 222799
Email : k17dr.aryaty@gmail.com

Jenis Pendaftaran : Akta Pendaftaran Perniagaan 1956.

Syarat-syarat penubuhan : Perniagaan dimiliki sepenuhnya oleh seorang pemilik.
                                           -  Pinjaman kepada bank tidak terhad.
                                           -  Untung rugi adalah tanggungan sendiri.
                                           -  Pemilik tunggal boleh memindahkan perniagaan kepada
                                               mana -mana pewaris.

  Sarawak Cattle Company merupakan  sebuah syarikat 100% bumiputera yang menjalankan perniagaan berkonsepkan penternakan serta beberapa jenis perkhidmatan. Di antara perkhidmatan  yang disediakan oleh Sarawak Cattle Company adalah  menyediakan khidmat penyembelihan, penternakan dan juga perniagaan.  Idea untuk menternak lembu pedaging  ini tercetus apabila kami mendapati pembekal lembu di negeri Sarawak hanyalah sedikit. Kebanyakannya hanya menternak ayam. Sehubungan itu lembu pedaging difikirkan sesuai untuk dijadikan sebagi haiwan ternakan dan boleh dikomersialkan bertujuan untuk memenuhi permintaan pasaran. Sarawak Cattle telah mula menjalankan penternakan lembu  bermula pada tahun  lalu iaitu bermula pada 22 November 2014.

update by:

Muhammad Fikri bin Mohammad Rosdi Kamal         s19379

Imran Zaidi                                                                           S19269
Amiruddin                                                                            S19700
Adila Azzera binti Mohd Zamri                                       S19715
Nurul Jannah binti Che Mahmood                                S19707

Wednesday, 21 January 2015

Temu Bual di Pejabat FAMA Bintulu

Tempat : Pejabat FAMA Bintulu 
Masa : 10:15 a.m
Tarikh : 15/01/2015
Nama temu bual : Jumput anak Kanyan
Jawatan : Pegawai FAMA Bintulu  
 

 

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan-FAMA ialah sebuah agensi yang di pertanggungjawab bagi mengurus, menyelaras, mengawal, memperbaik pasaran produk-produk pertanian termasuklah buah-buahan dan sayur-sayuran untuk pasaran tempatan, eksport serta import.

Hasil pertanian yang termasuk di bawah bidang perkhidmatan FAMA ialah:
  • Sayur-sayuran
  • Buah-Buahan
  • Bijiran dan Herba
  • Ternakan dan Akuakultur

Fungsi-fungsi utama FAMA ialah : 
  • menyelaras aktiviti-aktiviti pemasaran pertanian sama ada yang melibatkan pihak swasta atau jabatan / agensi kerajaan.
  • memperbaiki sistem pemasaran dan memperluas serta memajukan pasaran baru bagi hasil-hasil pertanian di Malaysia.
  • bekerjasama dengan pihak swasta dan jabatan / agensi kerajaan bagi mewujudkan pemasaran pertanian yang cekap dan berkesan.
  • membangun dan memajukan pengurusan yang cekap dalam industri pertanian berkaitan dengan aktiviti pemasaran atau pemprosesan hasil-hasil pertanian.
  • melibatkan secara langsung di dalam industri pertanian terutama di dalam aktiviti pemasaran atau pemprosesan hasil-hasil pertanian.

Update by:
Nurul Jannah Binti Che Mahmood  S19707




Friday, 16 January 2015

Temu bual di Pejabat Daerah Bintulu

Tarikh : 15/01/2015
Masa : 08:45
Tempat : Pejabat Daerah Bintulu
Person incharge : Cik Nur Ain 
Jawatan : Pembantu Tadbir 


Temu bual dilakukan serentak dengan kumpulan yang lain, kerana kami ingin menjimatkan masa beserta memudahkan penemu bual agar mereka tidak akan rasa rimas dengan soalan yang sama dari kami. Bukan disebabkan itu sahaja, faktor lain yang membuatkan kami temu bual secara serentak adalah kerana sebilangan ahli kumpulan kami terlibat dengan lawatan sambil belajar ke Sabah. Dengan itu hanya wakil daripada kumpulan sahaja yang datang menemu bual. 


 Pejabat Daerah berfungsi sebagai pendaftaran syarikat kecil-kecilan seperti kedai runcit atau enterprise. Selain itu, Pejabat Daerah juga berperanan sebagai penasihat kepada syarikat yang ingin berdaftar untuk menubuhkan syarikat yang baru atau ingin melakukan keputusan diluar jangkaan syarikat tersebut. Disitu kita dapat melakukan keputusan dengan lebih profesional dan tidak berlandaskan perasan dan emosi semata-mata.

Di Sarawak, SSM dan Pejabat Daerah di asingkan kerana mengikut undang-undang di Sarawak. Jika di semenanjung, kita boleh mendaftar syarikat enterprise di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) kerana di sana ditempatkan sekali bukan secara asing-asing. Manakala di Sarawak pula, fungsi SSM hanyalah mendaftar Syarikat Sdn Bhd sahaja.

Prosedur yang diperlukan ketika permohonan pendaftaran syarikat hanyalah memerlukan 3 dokumen iaitu salinan kad pengenalan, perjanjian sewaan dan pembelian hak milik kedai beserta cop syarikat. 
Semasa proses pendaftaran, pemilik harus mendaftarkan di bawah alamat komersial sahaja dan tidak boleh melakukan pendaftaran menggunakan alamat rumah untuk di bahagian Bintulu. Jika di semenanjung pula, prosedur tetap sama cuma disana mereka boleh mendaftar syarikat menggunakan alamat rumah.

Permohonan akan diluluskan dalam 14 hari waktu bekerja iaitu selama 3 minggu. Jika terdapat syarikat yang bankrup atau muflis, pemilik syarikat tersebut boleh datang berjumpa dengan perunding untuk menutup syarikat yang telah muflis. Selepas pemilik berasa mampu untuk menubuhkan lagi syarikat yang baru atau dalam kata lain pemilik yang muflis tadi ingin membuat perniagaan lagi, boleh terus daftar kepada pendaftaran yang baru, ini kerana selepas penutupan syarikat yang lama pemilik seolah-olah membuka lembaran baru untuk berniaga.

Jika pemilik syarikat meninggal dunia atau tidak dapat lagi meneruskan perniagaan tersebut, ahli keluarga terdekat atau rakan kongsi yang turut sama-sama menjayakan perniagaan itu boleh datang ke Pejabat Daerah untuk bertanyakan nasihat atau pendapat mengenai keadaan tersebut. Selain itu, untuk pemindahan pemilik juga harus berjumpa perunding terlebih dahulu untuk mengelak daripada terjadi apa-apa masalah dikemudian hari.



Saturday, 10 January 2015

Temu Bual di Pejabat Majlis Amanah Rakyat

Tarikh: 9/1/2015.
Masa: 2.00 pm - 4.00 pm.
Tempat: Pejabat Majlis Amanah Rakyat (MARA).
Tajuk: Bahagian Kewangan
Temu bual: Nur Haidir Bin Razali.
Jawatan: Pembantu tadbir N17 bahagian urusan latihan / pendidikan dan pembangunan usahawan.



Bahagian Kewangan

Majlis Amanah Rakyat ditubuhkan untuk memberi bantuan latihan keusahawanan kepada bumiputra, membekalkan pinjaman perniagaan kepada usahawan yang ingin memulakan perniagaan atau pun yang sedang menjalankan perniagaan dan memberi bantuan kepada bumiputra melalui pendidikan dengan cara bimbingan kaunseling atau pinjaman perniagaan. Rancangan perniaagan perlu dibuat sebelum membuat pinjaman MARA. Bertujuan mengetahui objektif dan rancangan kewangan syarikat bagi memudahkan pihak MARA mengetahui pelaksanaan perniagaan dan dapat melihat gambaran 50% daripada pinjaman di perlukan serta 50% lawatan tapak untuk melihat sama ada usahawan perlu meneruskan pinjaman atau pun sebaliknya. Syarat membuat pinjaman mestilah mempunyai lesen atau membuka operasi perniagaan sekurang-kurangnya selama 6 bulan.

Latihan yang ditawarkan pihak MARA

Khusus rancanagn perniagaan, latihan asas keusahawanan, dan latihan pembentukkan usahawan. Contohnya, latihan pembentukkan usahawan ialah latihan yang diberikan selama 11 kali dan makan minum di sediakan. Pihak MARA akan membantu dari bawah sehingga menjadi usahawan yang berjaya bergantung kepada situasi keadaan dan permintaan.

Faktor Pinjaman Di Tolak

 Faktor pinjaman di tolak yang pertama ialah pihak peminjam mempunyai senarai hitam (black list) dalam peminjaman wang di mana-mana pihak bank. Jika pihak peminjam atau penjamin ingin membuat pinjaman, mereka hendaklah membersihkan dahulu senarai hitam (balck list) yang telah mereka membuat pinjaman sebelum ini. Contohnya, pihak A membuat pinjaman di bank D dan pihak A tidak dapat membayar pinjaman tersebut. Jika bank A telah menyenarai hitamkan (black list) nama pihak A, maka dengan secara sahnya pihak MARA dapat mengetahui ia mempunyai senarai hitam (black list). Kedua, kertas kerja yang di sampaikan tidak sama dengan apa yang pihak peminjam kehendaki. Ketiga, melalui cara penampilan serta keyakinan semasa membentangkan kertas kerja. Contohnya, semasa membentangkan kertas kerja pihak A terlalu tergesa-gesa dan tidak menunjukkan keyakinan semasa membentangkan maklumat perniagaan.

Skim Pinjaman Putra

Skim pinjaman RM10,000.00 ke bawah . Tujuan diberikan kepada pinjaman belia atau bekas pelajar lepasan mara daripada umur 18 tahun hingga 40 tahun. Tempoh bernafas selama 1 bulan. Tidak mempunyai kadar profit. Terdapat dua konsep, pertama pembayaran melalui pembelian mesin dan pembayaran melalui cek tunai. Kedua, pihak peminjam memerlukan mesin. Contohnya, pihak A memerlukan mesin roti dan pihak MARA akan menghubungi kedai yang menjual mesin roti dan mesin tersebut akan diserahkan kepada usahawan tersebut.

Skim Pinjaman Am

Skimpinjaman RM10,000.00 ke atas. Memberikan pinjaman tunai dalam bentuk bewarna atau pun secara langsam. Contohnya, bewarna atau pun langsam MARA akan memberikan sebanyak RM10,000.00 dan akan diberikan lagi RM10,000.00 bergantung kepada tahap proses pelaksanaan perniagaan. Jika perniagaan bermasalah pihak MARA akan menamatkan sementara pinjaman tersebut dan jika perniaagn terus maju pihak MARA akan terus membantu perniagaan tersebut.

Skim Pinjaman Keuntungan Ekspres (SPIKE)

SPIKE khas untuk kontraktor bumiputra. Pihak MARA akan memberi pinjaman sebanyak 75% dengan kadar profit 4%. Contohnya, kontraktor dapat tender dari pihak A dan MARA akan membantu sebanyak 75%. Pulangan dari pihak A akan dibayar semula kepada MARA. Skim ini dipanggil wang apungan.

Cara Pembayaran Balik

Cara pembayaran balik pinjaman di bayar dengan berterusan, pihak MARA tidak akan mengambil sebarang tindakan. Jika pembayaran tidak dilaksanakan pihak anak syrikat  MARA akan mengeluarkan surat saman dihantar kepada peguam MARA. Dalam pembayaran pihak MARA mengamalkan konsep boleh percaya. Contohnya, dalam tempoh 4 tahun peminjam mesti membayar dengan jumlah yang di tetapkan. Pembayaran secara berterusan dan lebih dibenarkan  jika kurang peminjam dikehendaki memberi surat. Jika tidak membayar surat amaran akan dikeluarkan. 7 bulan pertama surat pertama dikeluarkan selepas tempoh bernafas, jika tidak dibayar ia akan di senarai hitamkan (black list) dan dikeluarkan surat saman.

Kesimpulanya, pihak MARA tidak menyediakan pinjaman dalam bidang pertanian dan penternakan. Ia lebih tertumpu kepada perniaagaan seperti membuka restoran, kedai buku dan sebagainya. Oleh itu, untuk pinjaman bagi permulaan dalam penternakan lembu pihak MARA tidak dapat membantunya.

Rajah 1:
Bersama pembantu tadbir N17 bahagian urusan latihan / pendidikan dan pembangunan usahawan.

Rajah 2:
Bersama wakil ahli kumpulan dan  pembantu tadbir N17 bahagian urusan latihan / pendidikan dan pembangunan usahawan.



Update by:
Adila Azzera binti Mohd Zamri S19715